Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika ditiupkan roh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Jodoh di mana jodoh! Setiap hari asyik terfikirkan tentang jodoh. Kawan-kawan semua dah selamat mendirikan masjid. Aku bila lagi? Mama & Abah sibuk suruh kahwin cepat. Ingat senang ke nak mencari jodoh? Kawan-kawan asyik bertanyakan bila nk makan nasi minyak aku? Hmm aku hanya mampu tersenyum. Melihat keadaan sekeliling telah membuatkan aku begitu takut untuk menghadapi gerbang perkahwinan! Terlalu banyak kes-kes yang berkaitan dengan rumahtangga aku dengar baik di dada akhbar ataupun orang di sekelilingku. Pernah mendengar cerita isteri diseksa,di maki hamun, dijadikan tempat melepaskan nafsu semata-mata, dan tak kurang jugak, ade sang suami yang didera oleh isteri, dan macam-macam lagi.Kenapa harus perkara sebegini terjadi? Bukan kah perkahwinan itu berlaku kerana jodoh? Betul ke perkahwinan itu sesuatu yang boleh membuat seseorang bahagia? Habis itu kenapa banyak terjadi masalah bila seseorang itu telah mendirikan rumahtangga. Apakah itu suratan, ujian atau lumrah bagi mereka yang berkahwin? Itulah yang membuat aku seriau (cuak) untuk memikirkan soal jodoh.Arrrgghhh biarlah jodoh itu datang dengan sendiri. Sabar je la! Bagiku, perkahwinan bukanlah semata-mata tempat untuk melepaskan nafsu dan juga bukan tempat untuk melahirkan zuriat penyambung keturunan. Sebenarnya,perkahwinan ialah sebagai simbol kasih sayang dan lambang cinta di antara pasangan kita. Oleh sebab itu lah, proses perkahwinan di antara suami isteri perlu wujud rasa kasih dan sayang, bukan nya kerana keterpaksaan atau pun bukan paksaan.
Apa yang penting, jodoh bukannya persamaan dan bukan juga perbezaan. Sebaliknya jodoh adalah keserasian Jangan terlalu mengikut kata hati tentang jodoh.Usah dikejar!Sudah pasti setiap makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t ada yang berpasang-pasangan. Cuma cepat, lambat sahaja. Berserah sahaja la kepada Allah. Jodoh ini merupakan urusan Allah. Kalau sudah tiba waktunya, jodoh itu pasti akan datang dengan sendiri tanpa kita sedari.
Sebagai hamba, aku hanya mampu untuk berdoa dan terus berdoa kepadaNya dalam mencari jodoh. Aku yakin suatu hari nanti sudah pasti ada jodohku yang telah ditentukan oleh Allah buatku.

0 comments:
Post a Comment